Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak, No. 1193, Tingkat 1, Taman Sri Wangi, Jalan Menggris, 93050 Kuching, Sarawak.


Seminar Kepimpinan Belia Islam 2002 Peringkat Negeri Sarawak


 
Seminar Kepimpinan Belia Islam 2002 Peringkat Negeri Sarawak telah dilangsungkan pada 8-10 Oktober 2002 bertempat di Pusat Latihan Sarawak (JAKIM), Telaga Air. Seminar tersebut merupakan anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Sarawak dan Pusat Latihan Sarawak (JAKIM) dengan kerjasama Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Sarawak, PERKIS, HIKMAH, SABERKAS dan RTM (Sarawak).

Dalam seminar tersebut, Sekretariat ABIM telah membantu melancarkan perjalanan seminar dengan menyediakan seorang pembentang Kertas Kerja Seminar yang bertajuk "Cabaran Kepimpinan Belia Dalam Menghadapi Alaf Baru", seorang penceramah Kuliah Maghrib dan dua orang urusetia seminar merangkap Fasilitator seminar. Seramai 100 peserta dari pelbagai daerah (Kuching, Samarahan, Serian dan Sri Aman) telah hadir dalam seminar 3 hari 2 malam tersebut. Antara pengisian utama seminar ialah 3 kertas kerja seminar yang bertajuk "Kepimpinan Dalam Islam Dulu, Kini dan Masa Hadapan", "Cabaran Kepimpinan Belia Dalam Menghadapi Alaf Baru", dan "Motivasi Dan Pengurusan Kepimpinan Belia Islam", 1 majlis forum yang bertajuk "Kepimpinan Belia, Masalah, Cabaran dan Harapan" dan 1 sesi Diskusi Kumpulan.

Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman Bin Junaidi (Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai) telah merasmikan penutupan seminar tersebut. Yang Berhormat menegaskan kepentingan generasi belia untuk berperanan dalam usaha membangunkan kemajuan negeri Sarawak. Golongan muda harus mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi agar mampu untuk berhadapan dengan cabaran mendatang yang bersifat global.