Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak, No. 1193, Tingkat 1, Taman Sri Wangi, Jalan Menggris, 93050 Kuching, Sarawak.


Khemah Ibadah Anak Pintar


 
Sekretariat ABIM Sarawak telah menganjurkan Khemah Ibadah Anak Pintar pada 9-11 September 2002 yang lalu bertempat di Pusat Latihan ABIM (PLA) Taman Sri Wangi. Program yang bertemakan 'Anak Pintar Soleh Harapan Ibubapa' menekankan mengenai Konsep Solat dan Bersuci. Seramai 45 orang peserta dari usia 10-15 tahun mengambil bahagian dalam program tersebut. Tenaga fasilitator dari Institusi Pengajian Tinggi tempatan telah mencurah ilmu dan pengalaman kepada peserta. Pelbagai pengisian telah diberikan sepanjang program selama 3 hari 2 malam. Antaranya ialah Rukun dan Syarat Sah Solat, Terjemahan Bacaan Solat, Cara Wudhu, Doa Selepas Solat, Konsep Bersuci dan Khaifiat Qiamullail.

Respon daripada peserta mengenai program tersebut, mereka berasa gembira kerana dapat menambahkan kenalan masing-masing. Selain daripada ilmu yang diperolehi sepanjang program, peserta juga dilatih untuk berucap agar menambahkan lagi keyakinan penampilan diri. Program ini merupakan program cuti sekolah dan akan terus dilaksanakan pada cuti sekolah akan datang sebagai alternatif kepada ibubapa dalam perancangan mengisi masa lapang anak-anak mereka.