Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak, No. 1193, Tingkat 1, Taman Sri Wangi, Jalan Menggris, 93050 Kuching, Sarawak.


Qiamullail dan Kuliah Subuh


 
Pada 22 September 2002, Sekretariat ABIM Sarawak dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau Taman Sri Wangi telah menganjurkan Program Qiamullail dan Kuliah Subuh. Program tersebut telah dihadiri kalangan ahli-ahli ABIM dan masyarakat setempat. Ustaz Abdul Halim Haji Busari telah memimpin qiamullail yang dimulakan tepat 4 pagi bertempat di Surau al-Quddus. Selepas qiamullail, majlis diteruskan lagi dengan solat subuh berjemaah dan Kuliah Subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Haji Busari yang bertajuk "RINDU". Ustaz Abdul Halim menerangkan mengenai konsep rindu yang hakiki adalah kepada Allah dan Rasul. Yang Di-Pertua ABIM Sarawak, Ustaz Zamri Muhammad telah menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Ustaz Abdul Halim Haji Busari. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.