Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak, No. 1193, Tingkat 1, Taman Sri Wangi, Jalan Menggris, 93050 Kuching, Sarawak.


Program Tafsir Maudhu'i dan Qiamullail


 
Program Tafsir Maudhu'i dan Qiamullail (TMQ) merupakan program bulanan Sekretariat ABIM Sarawak pada setiap hari Sabtu minggu yang ketiga. Sekretariat ABIM Sarawak telah memilih Surau al-Quddus Taman Sri Wangi untuk melaksanakan program tersebut. Program ini merupakan anjuran bersama Sekretariat ABIM Sarawak dan Ahli Jawatankuasa Surau al-Quddus, Taman Sri Wangi.

Pada 21 September 2002 yang lalu, Program TMQ telah diadakan di Surau al-Quddus selepas sahaja solat Maghrib berjemaah. Penceramah Jemputan pada malam tersebut ialah Dr. Sabdin Mohd. Long yang merupakan Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Tajuk yang beliau sampaikan ialah "Membina Generasi Berkualiti". Beliau menekankan kepentingan golongan pemimpin keluarga untuk berperanan dalam membina generasi anak-anak yang berkualiti. Selain daripada itu, beliau juga mengingatkan pendengar mengenai kesan dan bahayanya kepada agama dan Negara seandainya kita mengabaikan pembinaan generasi muda yang berkualiti. Al-Qur'an sendiri telah menyinggung soal keprihatinan terhadap nasib generasi mendatang dan perlunya membina generasi yang kuat, "Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat keturunan yang lemah...". (Surah an-Nisa: 8).

Program pada malam tersebut telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat. Pengerusi Surau, Encik Nono telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah sebagai tanda penghargaan. Majlis disusuli dengan solat Isya' berjemaah dan jamuan ringan.