Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak, No. 1193, Tingkat 1, Taman Sri Wangi, Jalan Menggris, 93050 Kuching, Sarawak.


KEAHLIAN


 
Keahlian ABIM Sarawak terbuka kepada semua umat Islam Malaysia tidak kira apa bangsa dan kaum, tetapi permohonan keahlian perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat. ABIM juga menerima semua peringkat masyarakat menganggotainya tanpa mengira latar belakang hidup sama ada golongan intelek, kakitangan kerajaan, swasta, petani, buruh dan lain-lain. ABIM setakat ini telah berjaya menyatukan golongan yang berpendidikan Barat dan agama dalam satu wadah perjuangan, dan ini merupakan salah satu daripada kekuatan ABIM.

Sekretariat ABIM Sarawak mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat dengan peranan ABIM untuk sama-sama berganding bahu menyumbang tenaga dalam mengusahakan gerak kerja da'wah yang sistematik. Maklumat lanjut sila hubungi Sekretariat ABIM Sarawak yang beralamat di Taman Sri Wangi di talian 082-447884 atau 082-442736.