Make your own free website on Tripod.com
 
Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak, No. 1193, Tingkat 1, Taman Sri Wangi, Jalan Menggris, 93050 Kuching, Sarawak.


HELWA


 
HELWA (Hal Ehwal Wanita) berperanan mengatur aktiviti kewanitaan dan penyertaan aktif ahli wanita dalam program ABIM termasuk memperjuangkan isu-isu kewanitaan yang memerlukan pembelaan di pelbagai peringkat.

Walaupun banyak cabaran dan halangan dalam berda'wah, HELWA ABIM Sarawak cuba sedaya upaya untuk melaksanakan tugas-tugas da'wah demi menegakkan syiar Islam bagi mencapai matlamat yang diimpikan. HELWA telah menyusun beberapa program untuk dilaksanakan mengikut rancangan di dalam takwim. HELWA telah melibatkan diri dalam program turun ke masyarakat. Antaranya ialah Kelas Al-Quran, Fardhu Ain dan Qiraati yang dilaksanakan setiap minggu; Program Melawat Pesakit Di Hospital; Ceramah-ceramah Agama; dan Program Lawatan Ke Kampung Saudara Baru.