Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak, No. 1193, Tingkat 1, Taman Sri Wangi, Jalan Menggris, 93050 Kuching, Sarawak.


AKTIVITI


 
Walaupun ABIM amat menekankan soal meninggikan pengetahuan Islam di kalangan anggotanya dan umat Islam dengan kegiatan-kegiatan seperti Usrah, Tamrin, ceramah-ceramah dan ibadah-ibadah ritual, ABIM juga tidak lupa kepada usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat seperti membuka cawangan Koperasi Belia Islam (KBI) untuk membuktikan ekonomi Islam bukan hanya omongan kosong, penubuhan TASKI (Taman Asuhan Kanak-kanak Islam) dan IPI (Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam) untuk menangani isu pendidikan dan banyak lagi agensi-agensi ABIM ditubuhkan untuk memberi sumbangan yang lebih bererti kepada Islam.

Di arena antarabangsa ABIM terus berperanan aktif memperjuangkan isu kemanusiaan dan keadilan. Kegiatannya bukan lagi sekadar laungan membakar semangat, tetapi sudah sampai ke tahap menyabung nyawa menyelamatkan mangsa peperangan. ABIM telah menubuhkan Malaysian Relief Center ABIM di Zagreb, bagi membantu mangsa di Bosnia Herzegovina.